Nuffnang Ads

Thursday, August 27, 2015

3 tahun yang panjang

Assalamualaikum WBT semua..

 Semoga sihat dan sejahtera. 3 tahun tak berbelog sampai bersawang. Bukan setakat bersawang malah sudah ditumbuhi lalang dalam rumah. Lipas cicak angkut-angkut tak payah cakap la. Ekekek.

 3 tahun yang panjang ni, macam-macam berlaku. Malam 1 Muharam 1434 (13 Nov 2015), tarikh ni genap setahun saya bernikah. Abah kesayangan telah kembali kerahmatullah di Hospital Sungai Buloh. Hari tu hari Rabu, saya balik kerja dari Putrajaya, sampai rumah dalam pukul 6.45 petang. Siap-siap solat maghrib, lepas tu terus ke Hospital Sungai Buloh dengan Edby.

Edby drop saya kat hospital untuk tengok abah dengan mak sebelum dia ke kelas mengaji. Saya masuk wad, dengan mak yang jaga abah. Tengok report medical abah, peliknya kenapa heart beat abah drop sangat. mak cakap dari tengahari dah drop, masa Abang Nan datang. Doctor kata reaksi pada ubat baru. Lepas bacakan Yassin, basahkan mulut dan muka abah dengan air Anugerah, urut-urut tangan dan kaki abah dengan losyen. Sembang dengan mak.

Tak lama Edby sampai bawa burger yang dibeli di Sungai Buloh. Sekejapan lepas tu.. abah jadi sesak nafas. Edby yang ajar abah mengucap syahadah dan istighfar. *sedihla* Heart beat makin menurun, BP pon menurun.. makin makin menurun.. panggil doctor. Lepas tu abah memang dah pergi.. jasad abah ada, tapi hakikatnya abah dah pergi. Lebih kurang 10.15 malam masa tu.

Urusan daftar kematian di hospital diuruskan Edby. Adik-beradik saya uruskan van jenazah dari kampong dan hal-hal lain untuk pengebumian. Urusan berjalan lancar dan mudah. Alhamdulillah Allah mudahkan. Dua tahun setengah lepas tu, 1 Feb 2015 abang saya no 2 pula kembali kerahmatullah. Denggi. Masa tu saya ke USS dengan Edby dan Pia, ada family day company.

Kalau ikutkan perancangan mak nak ikut je JB sebab nk pergi ke rumah Paksu di Nusajaya. Sesungguhnya kita merancang, Allah jua merancang. Dan Allah merancang dengan ilmu. Dan sesungguhnya Allah maha mengetahui.

 Semoga Allah mengampunkan dosa-dosa Abah dan Atan. Diterima taubat mereka. Dijauhkan dari azab kubur dan api neraka. Dimudahkan hisabnya kelak. Dan dikumpulkan bersama-sama hamba-Nya yang beriman di dalam syurga. Amin ya rabbal alamin.

 Sekian. Terima kasih sebab sudi baca.

Abah, mak, saya, busu dengan hidayah (cousin) di pantai Teluk Batik. 1992. *nak nangis bawah meja

No comments:

Post a Comment