Nuffnang Ads

Thursday, June 25, 2009

Black Death – 1348 M

Salam,

Meninjau surat khabar dan laman forum di internet, saya pelik bila ada kalangan masyarakat masih tak aware tentang langkah-langkah saranan kerajaan untuk mengelak dan mencegah dari dijangkiti influanza H1N1. Malah mempertikaikan nasihat supaya menagguhkan perjalanan ke negara-negara yang diserang wabak ini.

Ini buat saya rasa nak menulis tentang fenomena Black Death pada 1348 M, yang telah menyebabkan penurunan populasi manusia di seluruh dunia berjumlah 75 juta orang.
:o

Menurut ahli sejarah, wabak ini bermula sebagai penyakit yang dorman di kawasan Gurun Gobi dan China sejak 1320M. Kemudian wabak ini merebak ke seluruh dunia terutama di Benua Eropah. Penularan berpunca dpd penghijrahan manusia; melalui laut dan darat.

Menjelang pertengahan abad ke14 (sewaktu wabak ini tercetus), suhu dunia sedikit menurun (digelar Little Ice Aged), dan berkemungkinan penurunan suhu ini telah mendorong penyebaran wabak berlaku dengan pantas.

Istilah perubatan bagi wabak ini ialah Bubonic plague , berpunca daripada bakteria bacillus dalam darah haiwan rodent (jenis tikus). Vektor atau pembawa bagi wabak ini ialah kutu yang menggigit rodent kemudian memindahkan bakteria tersebut ke dalam badan manusia.

Simptom-simptom Bubonic plague ialah demam panas, sakit-sakit anggota badan, dan muntah darah. Peringkat seterusnya ialah pembengkakkan pada lymph nodes. Kesan bengkakkan ini akan menjadi warna hitam. Berdasarkan warna inilah,fenomena ini digelar “Black Death”.

Sehingga kini, wabak ini masih ada namun tidak merebak kerana terdapat pelbagai jenis penemuan baru untuk merawat dan mencegah penyakit ini. (para saintis dan pakar perubatan mengambil masa beratus tahun untuk mencari penawar)

Mengenai influanza H1N1, gejala penyakit ini sama seperti yang kita alami apabila mengalami demam selsema biasa. Bezanya, sistem pertahanan badan kita tidak mngenal musuh baru ini, dan tiada antibodi untuk melawan musuh baru ini. Dan ternyata, musuh baru ini lebih kuat daripada musuh tegar kita-selsema biasa.

Jadi, ambillah langkah berjaga-jaga dan mencegah wabak ini daripada menjadi mangsa H1N1 seterusnya. Nampak mudah, simptomnya ringan, tetapi ia membawa maut dalam masa yang singkat.

Renung-renungkan dan selamat menjaga kesihatan.. : )

No comments:

Post a Comment