Nuffnang Ads

Thursday, September 10, 2015

Resepi Kueytiow Kungfu Keep It Up


Assalamualaikum WBT semua..

Hari ni saya nak share resepi kueytiow kungfu.. tapi ada orang kata kueytiow ladna..



Resepi kuey tiow kungfu kaw kaw.

Bahan-bahan A:Minyak untuk menumisBawang putih 2 ulas diketukKueytiow paket kecikTelur 3 bijiKicap cairPepper

Bahan-bahan B:Ayam, udang, sotong, fish cake, fish ball name it Sawi/carrot/putik jagung name itMinyak untuk menumisBawang putih ketuk Tepung jagung 2 sudu bancuh dengan airKiub pati ayamGaram

Cara masak A:Tumis bawang putih, masukkan kueytiow, then kicap cair. Dah sebati dan bau mengancam, perasakan dengan garam, masukkan telur yang dah pukul dengan pepper. Angkat, letak dalam pinggan besar macam kat kedai hailam. 

Cara masak B:Tumis bawang putih, then masuk segala bapak hayam, mak hayam, hanak ikan, sotong, udang name it.Pastu masukkan air panas, dan bancuhan tepung jagung, sayur-sayuran, kiub ayam then perasakan dengan garam. Kuah dah jernih, angkat curah kat bahan A tadi.
Hidang dengan cili potong dalam kicap cair. 

Pastu bandingkan kungfu anda dengan kungfu hailam. Perghhhhh. *kita masak sambil kungfu dengan pia yang tarik tarik baju main mintak kuali senduk segala.

Babai.

Friday, August 28, 2015

Compression Vacuum Storage Bag

Assalamualaikum WBT.

Lately, saya berhadapan dengan masalah besar. Ye, percayalah masalah saya ni besar. Masalah macam mana gayanya nak menyimpan baju kain tudung spender lampin tuala dan sebagainya. Dengan ruang yang sangat-sangat terhad, masalah ini telah menyebabkan stress tahap mild saja. Ekekek.

Ohh alangkah bagusnya ada ruangan besar bilik yang tersusun wardrobe keliling untuk tempat simpanan baju-bajuan, tuala kasut segala bendalah kan. Lagi-lagi pulak kalau rumah tersebut ialah banglo 3 atas bukit dalam Desa Park City yang punya lift dan swimming pool.  Makkk aiii. In sha Allah.. In sha Allah.. semoga Allah makbulkan, Amin...

Okey, ni Kak Bedah nak cerita itu hari kita beli Compression vacuum Storage Bag kat Lazada. Dua hari je dah sampai uols. COD je. Senang kan.

Sampai barang kat office je, semua pon sibuk suruh test product. Ececeh. Dah macam buat party Tappuware i.. terus masukkan bantal dalam bag ni dan pam. Alhamdulillah menjadi. Tak la rugi kan. Masa beli ni risau jugak kalau product tak bagus atau tak menjadi.

Yang kelakarnya, dah siap parti Tappuware tu, Ammar my officemate suruh pump out udara dari perut dia. Untuk kempiskan macam Storage bag tu. Ekekek. macam-macam lah ko ni Ammar.

Ok, meh i tunjuk gambar pulak..

Ni rupa packaging bag ni.. yang i beli ni ada 8 pieces bag, 1 manual pump, dengan 1 small towel untuk bersihkan pump.


Ni rupa pump dan bag. Bag ada size, i beli yang saiz besarrrr punya..

Masukkan baju dalam bag ni. Kalau simpan macam ni, kan makan ruang, Dan baju tu nanti dah tak kemas sebab tertindih-tindih.



 Taddaaaaa.. jakun kejap Kak Bedah. Boleh simpan banyak-banyak, jimat ruang dalam wardrobe.

Satu lagi, i cuma guna pump tu sekejap je. Lenguh tangan. Senang guna vacum jer. Pump tu kasi Pia main. Dia ingat tu syringe untuk minum ubat hahah. Bapak besar nak makan ubat... bagi gajah makan ubat demam lah kot ye Pia..

Till then kawan-kawan. Semoga dimudahkan semua urusan.

Assalamualaikum.

Art In The Park @ KLCC

Hi gaiszzz...

Peace be upon yuolsz.

Just want to share our weekend activity.

Art In The Park @ KLCC.

Melukis keindahan alam semulajadi kekdahnya.

Even though i might say the photo is expired before i share. Hahaha.

Hakikatnya, saya je yang melukis dan melukiskan untuk Edby. Sebab Edby kejar Pia yang lari sana sini macam Belanda dapat tanah.

Photo date : 20th Dec 2014
Location : KLCC Park


Nampak tak how talented I am duduk bersimpuh mampu expresskan kesenian. Anda mampu??  :P



Ni bukti nyata. Nasib baik ayah dia tak join naik rabbit swing slide etc nih. Ekekek.

Kesudahannya, takde pemenang pon. Tapi nilai menghayati aktiviti berlari sana sini tu la (Bagi Pia la..). Bagi ibu ayahnya pulak, lunch treat by ibu's boss yang two thumbs up!!!


Till then. Have a nice weekend ahead everyone!!



3 tahun yang panjang chapter II

Assalamualaikum WBT. and good day to everyone.

Hari ni nak sambung pengkisahan 3 tahun yang panjang ni...

Somewhere in April 2012, masa ni arwah abah ada lagi.. saya telah mengesahkan diri sendiri telah mengandung. Lepas pergi jumpa doctor untuk confirm. 29 April 2012, saya dan Edby ada kat kampong. Memang dah plan nk pergi kenduri kahwin rumah anak Wak Moh dengan kenduri kahwin Ijoy - pernah kerja sekali kat universiti kerajaan negeri. Syok-syok pergi makan kenduri, ingat lagi makan yong tau foo bertambah-tambah kat kenduri ijoy, balik rumah je terkejut sebab ada bleeding.

Ok. Darah. Nervous. Susah hati. Fikir yang bukan-bukan. Terus siap-siap nak balik KL, plan terus nk singgah Hospital Sg Buloh. Dalam kereta, masih fikir yang bukan-bukan. Jenuh laki nk tune kan kepala i balik untuk think positive. Nangis lebat-lebat.

Along the way, Edby asyik tanya "sakit tak? sakit tak". Tak.. tak sakit. Tapi sedih. Am i gonna lost this little khalif in my womb? Mana tak sedih kan.

Dari tengahari sampai malam kat hospital. Mana tak nya, pergi masuk emergency watpe. Dahla terpaksa tunggu lama gila. Sepatutnya terus je pergi wad bersalin tu. Anyway, lepas waktu maghrib, baru turn saya jumpa doctor. Doctor scan kat perut. Tak nampak. Lepas tu scan dari bawah, baru dapat detect. Heart beat baby dah takde. Muka mak dah cebih-cebik nak nangis lagi. Doctor kata, "Takpela. Belum ada rezeki. Awak muda lagi, in sya Allah ada banyak lagi masa ye.."

Doctor tanya, nak D&C atau nk tunggu keluar sendiri? Saya tak tau. Tak boleh fikir. Tanya pendapat doctor, kalau D&C risikonya womb boleh cedera. Sebolehnya tak perlu. Sebab nanti akan keluar sendiri jugak. Mungkin sehari, seminggu. Depends.

Otak masih tak boleh fikir. Doctor suruh bincang dengan suami. Saya keluar bilik doctor. Duduk dekat bench. Edby takde sebab balik ambil baju.

Kalau nak tunggu keluar sendiri, saya kerja jauh. Drive average 2 jam setengah hari-hari. Apa-apa jadi dalam kereta macam mana. Saya pulak kerja banyak berjalan. Lepas tu, boleh imagine emosi mesti tak stabil gila sebab tau baby ni dah takde.

Fikir punya fikir punya fikir, tiba-tiba terasa darah mengalir. Saya bangun dari kerusi. Sah. Darah meleleh sampai ke kaki dan lantai. Macam dalam drama melayu tu la.. kalau orang miscarriage kan darah mengalir.. camtu la.. so, drama melayu tu real la jugak ye.

MC 7 hari. Edby pujuk saya, Allah lebih sayangkan si kecil ni, dan dia tunggu kita kat sana. Alamak. teringat ni je mesti sedih banget air mata pam keluar laju-laju. tsk tsk.

Tapi Alhamdulillah, Allah kan maha mengetahui, Allah merancang dengan ilmu. Saya mengandung lagi July tahun yang sama.

Tapi tapi tapi. Masa pregnankan Pia, ada bleeding jugak. Macam 1 spot camtu, masa miscarriage tu 1 spot je jugak (apa ayat ko ni labu) . Jumpa doctor and check. Baby sihat dan takde masalah. Syukur sangat sangat.

*Analisis saya (Teori Haku)- bleeding masa first prenancy, darah fresh. Merah. So mungkin itu menunjukkan tanda-tanda awal misacrriage kot. Sebab yang second ni, darah warna gelap. Doctor kata bukan darah baru. Means bukan dari darah placenta and baby.

Till then. Nanti nak story pasal nak bersalinkan budak bertuah Nur Wafiyah pulak.


Thursday, August 27, 2015

3 tahun yang panjang

Assalamualaikum WBT semua..

 Semoga sihat dan sejahtera. 3 tahun tak berbelog sampai bersawang. Bukan setakat bersawang malah sudah ditumbuhi lalang dalam rumah. Lipas cicak angkut-angkut tak payah cakap la. Ekekek.

 3 tahun yang panjang ni, macam-macam berlaku. Malam 1 Muharam 1434 (13 Nov 2015), tarikh ni genap setahun saya bernikah. Abah kesayangan telah kembali kerahmatullah di Hospital Sungai Buloh. Hari tu hari Rabu, saya balik kerja dari Putrajaya, sampai rumah dalam pukul 6.45 petang. Siap-siap solat maghrib, lepas tu terus ke Hospital Sungai Buloh dengan Edby.

Edby drop saya kat hospital untuk tengok abah dengan mak sebelum dia ke kelas mengaji. Saya masuk wad, dengan mak yang jaga abah. Tengok report medical abah, peliknya kenapa heart beat abah drop sangat. mak cakap dari tengahari dah drop, masa Abang Nan datang. Doctor kata reaksi pada ubat baru. Lepas bacakan Yassin, basahkan mulut dan muka abah dengan air Anugerah, urut-urut tangan dan kaki abah dengan losyen. Sembang dengan mak.

Tak lama Edby sampai bawa burger yang dibeli di Sungai Buloh. Sekejapan lepas tu.. abah jadi sesak nafas. Edby yang ajar abah mengucap syahadah dan istighfar. *sedihla* Heart beat makin menurun, BP pon menurun.. makin makin menurun.. panggil doctor. Lepas tu abah memang dah pergi.. jasad abah ada, tapi hakikatnya abah dah pergi. Lebih kurang 10.15 malam masa tu.

Urusan daftar kematian di hospital diuruskan Edby. Adik-beradik saya uruskan van jenazah dari kampong dan hal-hal lain untuk pengebumian. Urusan berjalan lancar dan mudah. Alhamdulillah Allah mudahkan. Dua tahun setengah lepas tu, 1 Feb 2015 abang saya no 2 pula kembali kerahmatullah. Denggi. Masa tu saya ke USS dengan Edby dan Pia, ada family day company.

Kalau ikutkan perancangan mak nak ikut je JB sebab nk pergi ke rumah Paksu di Nusajaya. Sesungguhnya kita merancang, Allah jua merancang. Dan Allah merancang dengan ilmu. Dan sesungguhnya Allah maha mengetahui.

 Semoga Allah mengampunkan dosa-dosa Abah dan Atan. Diterima taubat mereka. Dijauhkan dari azab kubur dan api neraka. Dimudahkan hisabnya kelak. Dan dikumpulkan bersama-sama hamba-Nya yang beriman di dalam syurga. Amin ya rabbal alamin.

 Sekian. Terima kasih sebab sudi baca.

Abah, mak, saya, busu dengan hidayah (cousin) di pantai Teluk Batik. 1992. *nak nangis bawah meja

Friday, June 1, 2012

Setahun jagung.

Assalamualaikumwarahmatullah.. Hari ni 1/6/2012, lebih kurang 6 bulan lepas iaitu 26/11/2012 saya telah dinikahi. hoyeh. Dan selepas 6 bulan being a wifey, saya masih macam betul ke aku dah kawen ni? hehe. Kami kenal dalam awal bulan 5 tahun lepas.. so, maknanya baru je setahun jagung weols berkenalan kan.. decided to bertunang after few months knowing each other. Lepas raya minggu kedua iaitu pada 10.9.11 adalah tarikh keramat tersebut. Owh masa tu macam, betul ke aku nak bertunang dengan dia ni.. dan tiba-tiba lepas bertunang tu, everything is just the same. teehee. cuma ada cincin kat jari je. tp sblm tu pon memang ada cincin arwah nenek yang saya pakai kat jari ni... orang kata dah tunang tu banyak dugaannya kan.. takut gak la kot tiba-tiba fahrin ahmad ajak date ke.. remy ishak ajak tengok wayang ke kannnnn.. tapi alhamdulillah perjalanan kami senang je.. takdela nak gaduh gaduh ke apa... kalo saya carik isu nak gaduh pon, sakit hati sendiri je la jawabnya sebabnya memang tidak akan dilayan, sila ke kaunter sebelah. huhu. Lepas 2 bulan lebih enggage, masa nak kawin tu lagila.. saya duk pikir.. huhhh ni dah kawin dah takboleh lari dah ni.. hehehhe.. kononnnnla kannn.. padahal eksaited taknak ngaku.. gambar ni adalah gambar pertama yang kami snap ala ala camwhore gini.. ye gambar pertama.. gambar masa nikah kawin bersanding tu tak kira ye.. ni pon agaknya lepas seminggu kawen camtu la,...
till then.. nanti nak cerita perkara-perkara baru lepas kawin.. assalamualaikum :)

Monday, November 14, 2011

Tawar tapai

Assalamualaikum warahmatullah.

 

Semenjak dua menjak tiga menjak ni, saya kerap pergi ke Sungai Besar. Dengan mak saya. Membeli barang-barang persiapan nak kahwin. Owh i am so excited. *gedik*

 

Masa on the way balik, akan lalu di Sepintas-Sungai Panjang-Jalan Belia.

 

Kat situ ada banyak orang jual pisang-jagung –ubi-tapai  kat tepi-tepi jalan. Macam biasa mak saya mesti nak singgah untuk beli tapai.

 

Semasa sesi membeli-belah tersebut, terjadilah perbualan berikut:

 

Tapai ni berapa harganya?

 

Satu bungkus dua ringgit. Kalau nak tawar, boleh je.

 

*mak saya senyum je*

 

Mak saya kata, kalau nak beli tapai, tak boleh tawar, kalau tawar, nanti rasanya pon jadi tawar. Heheh

 

Tapi, bila dah sampai rumah dan rasa tapai tu, rasa tawar.

 

Ehhh .. tak tawar pon, tapi kenapa rasanya tawar, mak? ahakss

 

 

*tapai ubi ialah kesukaan mak saya.

 

 

zura