Nuffnang Ads

Tuesday, October 6, 2009

Derma darah @ HKL

Sejahteralah keatas kamu..

ini adalah entri bergambar.

Ini ialah iklan yang mempengaruhi saya


Saya pergi, menonong je isi borang dan ikut arahan nurse kat situ. Terus duduk di tempat yang kosong. Ini pandangan dari tempat duduk saya.


Nurse terus menusuk lengan saya dengan jarum selepas disapu dengan sesuatu yang sejuk.Darah mengalir.. merahhhh.. tapi takla menakutkan.. kalau darah saya warna biru, itu boleh mendatangkan ketakutann..uhhhh.. cuma sakit sikit.. macam kena gigit semut..



Inilah darahku yang tertumpah.. nurse tu sporting terus pusingkan beg darah saya bila saya kata cheese pada beg darah tu.. sangat fotogenik..


Bila dah siap derma darah.. tekan dengan kapas ye, puan-puan..


Huhuh.. nampak tak bulatan kecil tu.. kesannya cuma itu.. itu ke yang saya takutkan selama ni untuk derma darah? owhhh zura poyo..


Disini saya terpaksa mengaku ini adalah tujuan utama saya menderma darah.. makan percuma.. hhohohohh.. dan sijil tu.. ermm.. sijil tu laku ke untuk letak besama-sama resume eh?


saya tunjukkan roti dan biskut percuma ni pada emak saya.

mak pon nak derma darahlahhhh.. - spontan mak menyahut

ehhh mak ni... baru semalam masuk 2 pain darah, nak derma pulakkk - hehehh

Lepas ni jangan cemburu tengok saya ada buku merah ni dalam purse saya.. hahahah~bangga siottt



Apalagi.. masih takut menderma darah ke? inilah organ yang terus berganti selepas kita menderma.. nak sign borang derma organ tu.. kene tunggu kekuatan dari kayangan..huhuhhh ~ penakottt

Milo ais yang hangat..

Sejahteralah keatas kamu..

Masa saya membeli air milo ais di cafeteria HKL, saya cuma bawa RM2. Saya kan cuma mahu beli air milo ais.. lama menunggu dan berebut-rebut (tapi saya takla berebut dengan nurses kat situ yang kelihatan sangat haus dan dahaga) akhirnya plastik air milo ais berada dalam genggaman. Huahahha.. tak sabar nak habiskan..

Menuju ke kaunter pembayaran, saya hulur duit kertas seringgit dan duit kertas seringgit (kan saya cuma bawa RM2).

Ada duit kecik? – kakak kafe

Takde, saya ada ni je – jawab macam budak kecik yang naïf~bajet kesian

Kakak tu ambil duit kertas seringgit dan seringgit kat tangan saya

Esok, awak ada kat sini lagi tak? – kakak tu

Ada – saya

Jadi, esok awak datang sini ambik duit baki 50 sen, boleh? – saya mengangguk je. Terus jalan tanpa menoleh ke belakang lagi (ko ingat kakak tu kesah ke) huh.

Bukan ke selalunya, atau sepatutnya kakak tu patut ambil seringgit duit kertas saya dan minta saya bayar baki lagi 50 sen tu esoknya. Kan mesti mengutamakan pelanggan.

Poyo je kakak ni (saya cakap dalam hati) mesti dia takut bos dia kira duit tak cukup lagi 50sen. Nanti kene potong gaji 50 sen pulak. hehehehh


Inilah air milo ais yang membuatkan saya kembali ke kafe tu untuk mengambil baki 50 sen saya. Saya dah pindahkan dalam botol air untuk senang minum dan tak meleleh. Harganya ialah RM2 sehingga saya mengambil baki 50sen...

Thursday, September 17, 2009

H1N1, jentik-jentik dan petrol

sejahteralah ke atas kamu..

Sebulan lebih duduk di kampung dan masuk di opis sebelum ni, seronok sangat sangat. walaupun sangat tertekan dengan kerja yang membebankan otak, dan juga tertekan sesama sendiri. berlaku drama air mata juga.. sayalah drama queen nya~~ngehngeh..

paling seronok bila balik kerja, disambut dengan senyuman gigi jarang milik Adam.. :B
Sangat comel.. dan puas hati. dan senang hati juga. sejak berapa bulan ni mana ada siapa-siapa nak sambut saya balik kerja kan.. jadi, perbezaan memang jelas dan nyata..

tiap-tiap malam, sembang-sembang dengan Adam. Adam selalu berebut nak tengok Wonder Pet dengan atuknya yang nak tengok Buletin Utama.. jenuhlah nak pujuk bagitahu mana ada Wonder pet malam-malam.. keputusannya Adam akan tengok juga Buletin Utama bersama-sama atuk... jadi, Adam lebih berinfomasi sekarang.. memberangsangkan kan?

Nenek,nenek.. tengok tu berita H1N1 - Adam potong cakap neneknya, sebab neneknya asyik bersembang dengan saya.

Adam, H1N1 tu apa? - sengaja je tanya, iye-iye je kan bagitahu pasal H1N1.

H1N1 tu.. cuci tangan guna sabunnnn..

owh, ye ke.. - huahahah. comelnya pemahaman Adam.

kemudian, masa iklan pasal nyamuk Aedes di tv, saya saja tanya Adam

Adam, jentik-jentik tu apa?

Jentik-jentik tu membunuh... bila dia sudah besar, jentik-jentik akan jadi raksasa. tahu??

Hmm.. bolehla.. untuk jawapan budak 4 tahun kan..

tiba-tiba teringat tahun lepas, masa tengah tengok tv rancangan gosip, Adam tiba-tiba datang dekat saya dan bertanya.

Ucu, harga minyak sudah naik eh?

ha? - terkejut saya dengan soalan tu...

harga minyak, yang letak kat kereta tu.. dah naik ehh?? - Adam ulang soalan yang sama tapi dengan mode yang lebih jelas..

hmmm - saya jawab ringkas. sebab geli hati Adam tanya pasal minyak petrol..

~~Rindu sangat sangat pada Adam, dan Ebi juga.. dan sikecil Fifi juga...

Saturday, July 18, 2009

tebuan oh tebuan

sejahteralah keatas kamu..

satu hari sabtu, saya dengan kakak dan emak saya pergi ke tanjung malim untuk beli barang dapur.. saya memang suka temankan mak saya beli barang dapur.. (tapi bukan ini yang sy nak cerita sebenarnya...)

kakak saya park kereta di depan kedai gambar untuk buat fotocopy buku adam, dia masuk dalam kedai tu. saya dan mak saya tinggal dalam kereta.

zura, tengok tu.. sarang tebuan - mak saya tunjuk2 pada pokok di depan kedai gambar tu..

yela.. bahaya ni...- saya cakap. sarang tu cuma dalam 8 meter je dari kereta.

bos, ada sarang tebuan la kat pokok depan tu.. -saya beritahu lelaki cina pekerja kedai tu. dia macam pelik2 sebab tak tahu apa itu tebuan.. heheh..

kene call bomba taw.. bahaya ni..- saya bagi cadangan. kakak saya pun mengiyakan sambil terjengah2 mengintai sarang tebuah tu..

ok.. ok.. - kata lelaki cina tu.. saya pon kembali ke kereta di depan kedai.

kakak, apa nama dia? - tanya lelaki cina tu pada kakak saya.

nama dia? u nak buat apa nama dia? - kakak saya sedikit pelik sebab lelaki cina cina tu nak tahu nama saya..

nak call bomba la.. saya taktaw apa nama dia la... - lelaki cina

owh.. - kakak saya baru tersedar yang dia dah salah sangka..

tebuan.. nama serangga tu tebuan.. biar tuliskan... - kakak saya beritahu sambil tulis 'tebuan' pada sehelai kertas..

bila kembali ke kereta, kakak saya tergelak-gelak. nak cerita pon sambil tergelak. sebab dia dah salah sangka ingatkan lelaki cina tu nak mintak nama saya...

(kalau kakak saya bagi nama saya, nnt lelaki cina tu akan cakap pada bomba macam ni... "en bomba, ada zura di depan kedai saya ni.. sangat bahaya woooo" heheheh)

Thursday, July 2, 2009

what do u think

mr a - hai, i'm a..

miss b - owh..so, u are a.. i've heard a lot about u

mr a - really? good things or abnd things?

miss b - what do u think?


~~what do u think? mestila something bad kan...

Thursday, June 25, 2009

Gelabah~~~

saya ni memang dilahirkan bersifat kelam kabut agaknya...

1. rasa buat kecoh bila membership kad makan-makan- stevens tea garden hilang selepas saya buat pembelian pertama~~belanja kawan-kawan makan kat hotspot. saya berulang pergi ke kaunter bayaran tanyakan kad saya, abang asmuni pun terbongkok-bongkok carik di lantai kot kot saya tercicir.. bila dah frust carik, abang asmuni cakap - kat poket kau takde? - saya buat senyum malu... ~~saya betul-betul malu sebab kad tu ada dalam poket...

2. lepas bayar bedak compact silkygirl, saya melilau-lilau dalam watsons. tengok ita nak beli apa lagi agaknya. tiba-tiba saya terasa, mana purse saya? walaupon cuma ada berapa ringgit (esok baru gaji), tapi saya sangat takut dokumen lain hilang... ita pon jadi gelabah bila saya cakap purse saya hilang.. tiba-tiba saya terfikir nak tengok apa ada kat tangan saya... ~~betul..tak hilang pon sebenarnya...

3. En CEO suruh saya buat part payment untuk maxi. baik bos-saya jawab. saya pun carik COP berkaitan. cari punya cari punya cari.. tak jumpa.. terus call abang asmuni, tanya pasal COP. untuk taknak nampak saya dah hilangkan COP tu, saya tanyala - abang, COP maxi dah hantar sampai bulan berapa ye? abang asmuni kata, dia dah hantar semua. alamakk... matila saya, cari acknowledgement receipt- semua penerima COP ialah SAYA! mesti saya dah hilangkan semua COP ni... ita pun sibuk-sibuk tolong cari COP tu.. bukak fail sana sini... then saya terfikir - ita, tak payah carikla.. rasanya tau kat mana COP tu... ~~dalam fail atas meja saya je...ngeeeee

ni petanda saya tak fokus... nyanyuk? hishhh.. taklahhh

Black Death – 1348 M

Salam,

Meninjau surat khabar dan laman forum di internet, saya pelik bila ada kalangan masyarakat masih tak aware tentang langkah-langkah saranan kerajaan untuk mengelak dan mencegah dari dijangkiti influanza H1N1. Malah mempertikaikan nasihat supaya menagguhkan perjalanan ke negara-negara yang diserang wabak ini.

Ini buat saya rasa nak menulis tentang fenomena Black Death pada 1348 M, yang telah menyebabkan penurunan populasi manusia di seluruh dunia berjumlah 75 juta orang.
:o

Menurut ahli sejarah, wabak ini bermula sebagai penyakit yang dorman di kawasan Gurun Gobi dan China sejak 1320M. Kemudian wabak ini merebak ke seluruh dunia terutama di Benua Eropah. Penularan berpunca dpd penghijrahan manusia; melalui laut dan darat.

Menjelang pertengahan abad ke14 (sewaktu wabak ini tercetus), suhu dunia sedikit menurun (digelar Little Ice Aged), dan berkemungkinan penurunan suhu ini telah mendorong penyebaran wabak berlaku dengan pantas.

Istilah perubatan bagi wabak ini ialah Bubonic plague , berpunca daripada bakteria bacillus dalam darah haiwan rodent (jenis tikus). Vektor atau pembawa bagi wabak ini ialah kutu yang menggigit rodent kemudian memindahkan bakteria tersebut ke dalam badan manusia.

Simptom-simptom Bubonic plague ialah demam panas, sakit-sakit anggota badan, dan muntah darah. Peringkat seterusnya ialah pembengkakkan pada lymph nodes. Kesan bengkakkan ini akan menjadi warna hitam. Berdasarkan warna inilah,fenomena ini digelar “Black Death”.

Sehingga kini, wabak ini masih ada namun tidak merebak kerana terdapat pelbagai jenis penemuan baru untuk merawat dan mencegah penyakit ini. (para saintis dan pakar perubatan mengambil masa beratus tahun untuk mencari penawar)

Mengenai influanza H1N1, gejala penyakit ini sama seperti yang kita alami apabila mengalami demam selsema biasa. Bezanya, sistem pertahanan badan kita tidak mngenal musuh baru ini, dan tiada antibodi untuk melawan musuh baru ini. Dan ternyata, musuh baru ini lebih kuat daripada musuh tegar kita-selsema biasa.

Jadi, ambillah langkah berjaga-jaga dan mencegah wabak ini daripada menjadi mangsa H1N1 seterusnya. Nampak mudah, simptomnya ringan, tetapi ia membawa maut dalam masa yang singkat.

Renung-renungkan dan selamat menjaga kesihatan.. : )

First Edition

Peliknya, hari ini 25 Jun 2009 tetapi dalam mailbox saya ada email bertarikh 2 Julai 2009. Betul!! 2 Julai 2009.

Agaknya saya ni dah termasuk laci masa depan?

~~sambil tepuk kepala sendiri..ngeeee

Friday, June 12, 2009

cerita fareez dan adam

cerita fareez

baru seminggu masuk tadika, abah fareez suruh saya tanya rukun islam kat fareez. waaa… impressive! baru seminggu dah hafal rukun islam?

tanya je lah- kata abah fareez

fareez, rukun islam ada berapa?

lima- fareez

sebut yang pertama sampai akhir

pertama-ika, kedua-nurul, ketiga-ain……

hihihi..sapala yang ajar ni..

cerita adam

adam excited betul pergi sekolah. mama adam buatkan susu dalam botol untuk bekal adam.

taknakla mama. nanti kawan nampak-adam

takpe. adam kecil lagi. kalau kawan tanya, cakapla ’saya baru tiga tahun…’

huhuu..

kemudian saya pulak tanya,

adam, siapa nama kawan-kawan adam?

afeq, udin, auni- adam

lagi?

ermmm… thomas, emily, bob, fifi <<—-character cartoon kat ceria..huhu

lagi?

ni jawapan adam paling comel….

Atuk!

titik panas..

cuaca panas betul sekarang. surat kabar sudah mula pamerkan index dan titik-titik panas yang terdapat di seluruh negara. setakat semalam, kuala selangor antara yang tertinggi.. patutla panas sangat...

terus terlintas di fikiran saya seseorang yang telah bertanggungjawab membuat pembakaran terbuka dalam lingkungan kawasan tempat kerja saya.. rasanya banyak betul orang yang tak puas hati dengan tindakan seseorang tersebut.. tukang sapu sampah pon pelik dan mengomel kenapa seseorang tersebut nak bakar sekumpulan pokok yang masih hijau tu.. memanglah masih hijau, tapi dalam cuaca yang sangat panas ni, sikit haba dan bahan bakar je dah cukup untuk menyemarakkan api..

tapi memandangkan statusnya sebagai seseorang, saya fikir tiada siapa yang berani nak tegur.. entahlahhhh.. kan lebih elok sebagai seseorang tu, dia duduk saja di kerusi empuknya.. dengan menikmati suasana bilik bersuhu 16oC tu.. sambil mengarang surat atau mencari buah fikiran untuk mengarang surat.. daripada keluar dan membuat onar.. bencinya..

harap-harap malam ini hujan turun.. membasahi hati yang panas ini..

Thursday, April 16, 2009

nama saya baizura...


syarikat perabot, selamat pagi - panggilan saya dijawab

selamat pagi, nama saya baizura dari jana sdn bhd. Saya nak order perabotla.. - saya

ok, cik boleh berurusan dengan saya terus. Nama cik apa ya? - di sana menjawab dengan PR yang sangat bagus...

nama saya baizura, dari jana sdn bhd - saya memberitahu kali kedua... mungkin yang tadi tak jelas

ok, cik jana. cik jana perlu..

bukan. nama saya baizura - saya tegaskan lagi. saya kira kali ini suara saya agak tinggi. tapi, hati saya mula menggeletek... huhu

owh. minta maaf cik jana.. eh.. cik baizura... - suara di sana mula tak keruan..

.......

geli hati betul saya. saya agak dia baru masuk kerja. teruja campur gementar. macam saya dulu-dulu.

hmm.. cuma janganlah nanti saya pulak yang tersasul.

nama saya jana. dari baizura sdn bhd... <<>

huhuhu

anyway, nama saya baizura. selamat datang. dan sila datang lagi..