Nuffnang Ads

Monday, November 14, 2011

Tawar tapai

Assalamualaikum warahmatullah.

 

Semenjak dua menjak tiga menjak ni, saya kerap pergi ke Sungai Besar. Dengan mak saya. Membeli barang-barang persiapan nak kahwin. Owh i am so excited. *gedik*

 

Masa on the way balik, akan lalu di Sepintas-Sungai Panjang-Jalan Belia.

 

Kat situ ada banyak orang jual pisang-jagung –ubi-tapai  kat tepi-tepi jalan. Macam biasa mak saya mesti nak singgah untuk beli tapai.

 

Semasa sesi membeli-belah tersebut, terjadilah perbualan berikut:

 

Tapai ni berapa harganya?

 

Satu bungkus dua ringgit. Kalau nak tawar, boleh je.

 

*mak saya senyum je*

 

Mak saya kata, kalau nak beli tapai, tak boleh tawar, kalau tawar, nanti rasanya pon jadi tawar. Heheh

 

Tapi, bila dah sampai rumah dan rasa tapai tu, rasa tawar.

 

Ehhh .. tak tawar pon, tapi kenapa rasanya tawar, mak? ahakss

 

 

*tapai ubi ialah kesukaan mak saya.

 

 

zura

 

 

Membelog

Assalamualaikum warahmatullah.

Cuma nak cerita sikit.. saya mula betul-betul mula follow dan bukak akaun blogspot masa membaca belog Hanis Zalikha. beberapa tahun dulu selepas diperkenalkan oleh Yati Isnida.

Sekarang, saya dah jarang-jarang menjenguk belog hanis. Belog kegemaran sekarang ialah belog model 80-an. Iaitu ibu beliau, kak nani.

Jelas bukan. Saya ternyata lebih dewasa dan matang sekarang.

Terima kasih sebab singgah.

zura

Steaming skillfully. hhmmmffftt

Assalamualaikum warahmatullah.

Semalam, saya telah steaming kuih apam skillfully with style. (haha. bukan sahaja kedengaran perasan, tapi memang kelihatan perasan juga).

Bak kata pepatah tangan yang menggegar dunia, bisa menggegar mixer. (haha sambung gelak atas keperasanan).

Tapi ni lah hasilnya..



Well, saya ni artist. am not a schema type person yang draw bulat like bulat.
Haha. kenapalah aku sengal sangat hari ni.

Tu yang jadi lagu tu. Polkadot dengan tema batik Terengganu.

Berikut ialah resepi:

Bahan-bahan-

2 1/2 cawan tepung gandum
1 1/3 gula pasir
3 sudu baking powder
3 biji telur
1 sudu teh vanila
3/4 cawan susu sejat

bahan yang paling penting ialah sepenuh hati. huhu.



Cara-caranya:

1. Ayakkan tepung gandum bersama-sama dengan baking powder.
2. Pukul telur dan gula menggunakan mixer selama lebih kurang 5 minit atau sehingga gula hancur.
3. Masukkan vanila dan tepung yang telah diayak selang-seli dengan susu sejat.
4. Pukul lagi sampai gebu.
5. Bahagikan ikut warna kegemaran.
6. Hiaslah mengikut kreativiti anda. Kalau tak mahir guna piping, guna batang lidi pon boleh.. lagi senang kot..

Steam diantara 10-15 minit sahaja.

Apam yang saya buat ni takde filing. Kalau ada jem ke, bolehla letak. :)


Datsol. Kalao rajin, jangan lupa cuba ye. sebab senang je.

tata.

ps-saya dah tengok belog resepi apam polkadot rasanya dah banyak sangat. asik teringin nak buat tapi tak terbuat. tapi, akhirnya buat jugak. heheh. So, understood girlz!

Thursday, November 10, 2011

hoyehhhh hoyehhhhhh

Assalamualaikum.

huhh. i am so very excited. i am getting married yowh.

Insyaallah 16 days to babehhh. its 10th Nov, and the wedding is 26th Nov.




Saya berdoa semuanya berjalan dengan lancar seperti dirancang. doakan ye.

amin.

Daging lembu korban

Assalamualaikum.

Malam semalam semasa saya sedang sibuk-sibuk masak di dapur, Adam menegur.

Ucu, masak apa?

Masak kari daging.

Asyik daging je..

Kan banyak daging korban..

Cubala ucu masak ayam korban pulak.

Huahahah. Neneknya yang mendengar terus menyampuk.

Ayam korban tak payah tunggu raya korban Adam oi.. pergi je ke market tuuuu.


Sekian. terima kasih.


zura

Wednesday, August 24, 2011

Assalamualaikum semua.

7.30 pagi

Hari ini saya MC. Pagi-pagi dikejutkan dengan bunyi Ebi menjerit-jerit.


7.15 pagi

Dalam kereta ke sekolah Adam, Adam dan Ebi berbual-bual pasal kereta. Pasal warna kereta, tayar kereta, lampu kereta.

Ebi : Abang, lampu kereta kita warna apa?

Adam : Ehh dah sampai. Abang turun dulu. Babai.


7.35 pagi

Saya : Kenapa Adik menangis?

Ebi : Saya nak tanya abang tskk tskk

Saya : Adik nak tanya apa?

Ebi : "lampu kereta kita warna apa?" saya nak abang jawab.

Saya : Oh.. Takpe nanti abang balik sekolah suruh abang jawab ye. Tak pun, tanya je ucu, biar ucu yang jawab :)


Azrul Haikal aka Ebi Haikal

Assalamualaikum Malaysia.

Perbualan anak-beranak.

Mama Ebi: Adik, nama adik siapa?

Ebi : Ebi Haikal

Mama Ebi : Bukan Azrul Haikal ke?

Ebi : Bukan. Tu nama kawan saya.


Ps - Nama Ebi sebenar ialah Azrul Haikal. Huhu

Jenis-jenis orang

Selamat berpuasa semua. Dan sejahteralah keatas kamu semua.

Pada satu malam yang blackout.

Nenek: Ebi, kira ada berapa orang kat sini sekarang?

Ebi: okeh saya kira sekarang. One tru(two) three four five. Hahhh ada lima jenis orang kat sini.

Ye, dia kata ada 5 jenis orang...

Thursday, July 21, 2011

Belalang oh belalang

Sejahteralah keatas awak.

Satu petang yang damai. Si nenek tengah baring-baring sambil tengok TV cerita seberang, telefon pon berbunyi.

Kringgggg kringggggggggggg

Si nenek pon berpesan kepada cucu A

‘kalau orang nak cakap dengan nenek, cakap nenek tengah tidur ye’

Cucu A jawab telefon

‘Hello. Ye, sekejap ye. Nenek, nenek suruh cakap apa tadi?’ Cucu A menjerit sambil menjauhkan sedikit ganggang telefon.

Cucu B menyahut

‘Nenek tidur!!’

Si nenek tepuk dahi.

‘belalang owh belalang…’

Tuesday, July 19, 2011

menggenggam hati

Sejahteralah ke atas kamu.

tajuk di atas takde kaitan dengan entri harap maklum.

pagi tadi, Adam berkeras nak bawak beg besar pergi sekolah. mama dia tak kasi. mama dia sorokkan beg tersebut. Mama dia cakap beg tu dah hilang.

Adam terus muncung-muncung.. dan mengeluh-mengeluh...

"Mama ni baik.. tapi menipu!"

hahaha

Monday, July 18, 2011

Otak yang berkembang~~

Sejahteralah ke atas kamu kamu dan terutamanya kamu.. *kenyit mata*

Adam selalu gaduh dengan Ebi berebutkan alat permainan. Mak saya selalu suruh Adam mengalah.

'Abang cubala mengalah, Ebi tu otak dia belum berkembang lagi..'

'Hah adik, abang taknak gaduh dengan adik. otak ko belum berkembang lagi!'

lepas tu Ebi menangis hentak-hentak kaki nak pukul adam..

'Otak saya dah berkembang!!! otak saya dah berkembang!!!'

comel kan.

**oit kembang-kembang tu pelahan sikit ye!!!

Ikan dan kaca

Sejahteralah keatas kamu.

ni perbualan Ebi dengan Adam.

Ebi : Abang, kalau makan ikan jadi apa?

Adam : Jadi apa?

Ebi : Jadi ikan la... kalau makan kaca, jadi apa?

Adam : jadi tercekik la..

Ebi : Salah, jadi kaca la..

kalau makan ikan , jadi ikan.. kalau makan kaca, jadi kaca..

kenapa kaca? saya pon tak tahu.

saya gelak je.

Mata tajak vs cermin mata

Sejahteralah keatas kamu.

a few days back, masa balik kerja terdengar mak bising-bising kat beranda belakang pasal mata tajak dia yang hilang. mata tajak tu dah patah dari pemegangnya, so mak plan nak pergi pateri kan.

'siapalah yang pandai-pandai ambik mata tajak aku ni'

Lepas tu, Ebi datang dengan lajunya dan bagitahu

'nenek, mata tajak ada dalam bilik mama'

'sapa yang letak kat bilik mama?' tanya si nenek.

'mama yang letak. nanti kejap, saya ambik'

dengan tekun dan cekalnya, Ebi membawa cermin mata nenek ke luar rumah. Mama dia tahan Ebi, tanya..

'Ebi nak pergi mana tu?'

'Nak bagi mata tajak ni kat nenek' kata Ebi sambil tunjukkan cermin mata.

~~comel kan Ebi?

Wednesday, June 1, 2011

Batang Berjuntai-KL-Melaka-Muar Part 1

Assalamualaikum wbt...

(tak jawab dosa woh). Saya telah lama tak update new entry. Kesibukan memikirkan masalah orang lain yang gila menyakitkan hati. Heshh baru balik bercuti tak nak lah tulis pasal ni...

Ececehhh bercuti ke? Ya betul.. Orang yang belum kaya macam saya mana ada bercuti.. Belum kaya ye.. Saya tekankan di situ.. Sebab tak elok cakap macam aku takde duit, aku miskin dan sebagainya. Sebab akan melahirkan rasa tak bersyukur dalam hati uollllzzz.. Uihhhh pandainya aku bercakap.. Sesungguhnya yang baik itu hanya dari Allah subhanahuwataala.

Ye, sebenarnya saya telah ke Melaka untuk lawatan kerja. Ye.. Kawan-kawan pejabat tu boleh gelak kalau nak gelak ye.. Tapi muka jeles tu sila sembunyikan baik-baik.. Huahaha..

Tergelak besar. Minta maaf.. Tak sangka ada awak, pembaca yang tidak saya kenal disini.. Maluss sayasss (ye, aku memang perasan dari kecik)

Melewati hampir seluruh daerah Muar.. Masuk kampung keluar kampung jumpa kubur melayu cina,hutan estet dan lain-lain.. Misi akhirnya tercapai.. Misi rahsia harap maklum.

Buah tangan? Pokok bunga dari nurseri dan kopi 434.. Tak rasa lagi.. Kalo orang lain ke muar duk tuju mee bandung, kami ke muar pi makan secret resepi..walaupon kalt opis kl sr tu dah macam panel restaurant.. Sentimental value agaknya ehhh.. Tu belah petang... Tapi tengahari makan asam pedas ikan merah kat Medan Asam Pedas Parit Jawa. superb! Terlepas dendam makan asam pedas ikan sembilang tak sedap malam sebelumnya haha.

Till then lah.. Nanti hapdet lagi.

Assalamualaikum. Erpp nanti saya tampal gambar okeh.

Thursday, February 3, 2011

Kejohanan Motorcross ST

Sejahteralah ke atas kamu...

Mula-mula, nak bagitahu sila jangan terpedaya tajuk kat atas tu.. okeh. sebenarnya camni, petang tadi pegi rumah kawan kakak kat jalan temenggung. beli burger ayam wak leha untuk adam. dan on the way balik ke rumah, nampak nih.. ramai-ramai duk tengok motorcross.. kami pon apalagi memeriahkan majlis ler.. parking kereta tepi jalan.. huhhh mendebarkan jugak ye motocross ni.. sampai saya tergayat.. ahaiii..


masa saya dah nak balik tu, diorang pulak dah nak berhenti main.. beberapa motor mula kumpul kat tepi.. eh ehhhh.. mereka bukannya orang muda okehh.. maksud saya bukannya muda sangat la.. saya tak cakap tua laaaa.. heshhh


Okeh adam, jom kita balik. tak payah tengok sungguh-sungguh gitulahh..

"nanti abang dah besar, abang pon nak main motorcross lahh.. abang berani je.."

haha.. mainla adam oii.. biar nenek kamu tu buat kenduri doa selamat tiap kali lepas kamu habis main..


~~i nak cerita pasal cicak nanti.. nanti-nantilah..

tata




Tuesday, February 1, 2011

$$$ dan kad kawen zaida dan nad

Sejahteralah keatas kamu kamu..

Ketegangan fikiran berada pada tahap kritikal. Dengan keadaan kesihatan yang turun naik. Biasala… dilemma awal bulan yang menuntut komitmen dan memerlukan ketenangan tahap dewa. Ececehhh mendenya tahap dewa konon.

Tapi just before thumb print keluar office, simple chit-chatting bersama-sama colleagues telah jadi ubat penenang sementara hari esok.. huahaha.. n big thanks to abang tom.. ye..jangan risau sebab saya takkan bagitahu nurol buat sementara waktu..

Nahhh.. terimalah hadiah ni yang sangat bernilai…$$$$$




Bila sampai rumah.. 3 sampul surat depan mata. Ya, apalagi.. kan musim orang nikah kawen ni… buka sampul pertama.. eh ehhh.. zaida nak kawen..


ha? Weekend ni kah? Omg. Saya perlu ke pejabat pada tarikh tersebut.. oleh yang demikian dukacita tak boleh pergi tepung tawar kamu, zaida… sorry banyak banyak ye..

kad satu lagi..

nad pon nak kawen ehhh.. patutla status fb menampakkan sangat sibuk dan penat.. ye, zaida punya status pon macam penat sangat dengan preparation majlis.. huhu.. kalo saya nak kawen, taknak buat preparation boleh tak??? Kawen je.. haha.. ko nak kawen dengan sapa zura oiiii…

so, buat zaida dan nad, semoga berbahagia sampai ke akhir hayat ya.. dapat baby ramai ramai keh.. menambahkan umat nabi Muhammad di muka bumi tuhan ini..

huhhh.. seronok wooh tengok orang kawen.. huhu

sampul surat ke-3.. pasal upgrade insuran takaful prudential kepada takaful health.. owh saya tak faham tentang ni.. baca banyak kali pon masih tak faham.. perlu roger en agen kalo camni..

oklah.. till then uolss

jumpa lagi pada hari dan masa yang sama nanti.. muaxxxxx






Friday, January 28, 2011

Sarapan ke tak ..

Sejahteralah ke atas kamu, kamu dan kamu kamu...

Suatu masa dulu sewaktu lunch di Delicious, terlihat ini..



terus rasa nak google siapakah encik oscar wilde tersebut.. maklumla saya ialah seseorang yang tak boleh tinggal breakfast.. bisa menggeletaq jari..haha

cepat.. pegi google nama saudara di atas, okeh.


Azam baru bulan Februari

Sejahteralah ke atas kamu kamu dan kamu..

Dulu-dulu saya rajin membelog (relatif pada kerajinan sekarang.huhu)

sekarang berazam mahu kembali menulis dan berkongsi.. inspirasi saya? cik puan ni ha.. http://redmummy.com/

huhhh.. sekarang menyeru semangat kerajinan dari tulang kering.

Harap bagi sokongan.

yang sebenar;