Nuffnang Ads

Tuesday, October 6, 2009

Milo ais yang hangat..

Sejahteralah keatas kamu..

Masa saya membeli air milo ais di cafeteria HKL, saya cuma bawa RM2. Saya kan cuma mahu beli air milo ais.. lama menunggu dan berebut-rebut (tapi saya takla berebut dengan nurses kat situ yang kelihatan sangat haus dan dahaga) akhirnya plastik air milo ais berada dalam genggaman. Huahahha.. tak sabar nak habiskan..

Menuju ke kaunter pembayaran, saya hulur duit kertas seringgit dan duit kertas seringgit (kan saya cuma bawa RM2).

Ada duit kecik? – kakak kafe

Takde, saya ada ni je – jawab macam budak kecik yang naïf~bajet kesian

Kakak tu ambil duit kertas seringgit dan seringgit kat tangan saya

Esok, awak ada kat sini lagi tak? – kakak tu

Ada – saya

Jadi, esok awak datang sini ambik duit baki 50 sen, boleh? – saya mengangguk je. Terus jalan tanpa menoleh ke belakang lagi (ko ingat kakak tu kesah ke) huh.

Bukan ke selalunya, atau sepatutnya kakak tu patut ambil seringgit duit kertas saya dan minta saya bayar baki lagi 50 sen tu esoknya. Kan mesti mengutamakan pelanggan.

Poyo je kakak ni (saya cakap dalam hati) mesti dia takut bos dia kira duit tak cukup lagi 50sen. Nanti kene potong gaji 50 sen pulak. hehehehh


Inilah air milo ais yang membuatkan saya kembali ke kafe tu untuk mengambil baki 50 sen saya. Saya dah pindahkan dalam botol air untuk senang minum dan tak meleleh. Harganya ialah RM2 sehingga saya mengambil baki 50sen...

2 comments:

  1. seringgit + seringgit + cincau = milo ais cincau baru ar berbaloi2.

    ~kaw mntak blk x 50sen 50sen kt akak aku kesah tu.dh cam xura 50sen dah..

    ReplyDelete
  2. mintakla..

    kak, smlm kerani kaunter kat sini ada hutang saya 50 sen... tp kalau taknak bayar pon takpe ~sambil ak goyang2 kaki, siul2 kat kaunter tu sampai dia bayar 50 sen aku..

    ReplyDelete